Tanda-Tanda Angin Berlebihan Dalam Badan

Tanda - Tanda Angin Berlebihan Dalam Badan

Masalah angin dalam badan sangat lazim terjadi pada sesiapa pun terutama rakyat malaysia yang mempunyai kepelbagaian makanan yang banyak seperti nasi lemak, nasi dagang, cendol dan banyak lagi yang menarik selera rakyat malaysia untuk menikmati setiap hidangan yang dijual atau di masak.

Pemakanan merupakan faktor  atau punca utama bagi masalah angin terjadi di dalam badan manusia. Angin terjadi akibat proses biologi apabila makanan dan minuman di cerna. Selalunya angin ini terdiri dari gas karbon dioksida, oksigen, hidrogen, nitrogen dan metana.

Terdapat banyak tanda-tanda atau sympton yang mengatakan bahawa angin banyak di dalam badan di antaranya ialah badan sering merasa lesu, letih dan tidak bertenaga dalam melakukan tugasan harian seperti mengemas rumah atau melakukan tugasan di pejabat. 

Yang kedua ialah kaki dan tangan kiri atau kanan selalu merasa kebas, lenguh atau sengal. Ini boleh sering terjadi kepada golongan yang berumur.

Yang ketiga ialah selalu menguap atau mudah merasa megantuk ketika melakukan kerja atau tidak. 

Yang keempat sesetengah badan manusia yang mempunyai penyakit angin akan merasa sukar untuk bernafas atau nafas mereka menjadi pendek, ini sangat berbahaya dan perlu berjumpa dengan doktor atau pegamal perubatan yang profesional. 

Yang kelima pula kepala sering sakit dan perasaan mudah marah senang terjadi dan ini boleh menganggu aktiviti harian seseorang . 

Yang keenam ialah hilang selera makan, hilang selera makan akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang dan boleh membawa kepada peyakit lain. 

Yang ketujuh pula tengkuk atau pinggang merasa tegang dan perut merasa tidak selesa. Ini adalah antara sympton terjadinya angin di dalam badan Tetapi punca-punca ini munkin berlainan ke atas setiap individu yang mengalaminya.



Berikut merupakan tanda-tanda angin berlebihan dalam badan :










Comments

Popular posts from this blog

Senarai makanan berangin

Bahaya angin dalam badan