Senarai makanan berangin

Senarai makanan berangin

Terdapat beberapa makanan yang di makan yang boleh menghasilkan angin di dalam badan antaranya makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktosa dan sorbitol yang menghasilkan banyak angin. 

RAFFINOSE terdapat pada  makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks seperti bunga  kubis, kubis brussel, aparagus, brokoli dan kubis. 


FRUKTOS  di gunakan sebagai pemanis di dalam minuman ringan, air kotak dan sebagainya.

Seterusnya ialah kanji yang terdapat banyak pada kentang,jagung dan minyak jagung serta gandum di mana makanan ini di hancurkan di dalam usus besar. 

Beras merupakan makanan berkanji yang tidak menghasilakn angin ini kerana fiber yang mudah larut dalam air dan bertukar menjadi tekstur yang menyerupai gel di dalam usus, ia terdapat dalam oat,bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan lain. Fiber larut ini tidak di hancurkan sehingga ia sampai ke usus besar untuk proses penghadaman. 

Manakala fiber yang tidak larut melalui usus tanpa sebarang perubahan tidak banyak menghasilkan angin

Dengan lebih mudahnya makanan dan minuman yang menjadi penyebab angin di dalam badan. Sayur yang berair di dalamnya seperti petola,terung, dan segala jenis sayur kubis, bunga kubis dan lain-lain. 

Buah yang boleh menyebabkan angin di dalam badan antaranya cempedak, nangka, duku dan lain-lain. 

Minuman pula seperti  teh dan minuman bergas. 

Makanan yang di proses berkali-kali sebelum boleh di makan seperti  mee goreng serta makanan yang bersantan seperti nasi lemak, nasi dagang dan pulut yang di kukus dengan santan.

Berikut merupakan senarai makanan berangin :




Comments

Popular posts from this blog

Bahaya angin dalam badan

Tanda-Tanda Angin Berlebihan Dalam Badan